• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

FRIDAY WRAP 15/5/2015

0 comments


Assalamualaikum wbt para pembaca. Minggu ini AZAM RUSSIA membawakan berita-berita terbaru dari seluruh dunia.



Cameron kekal Perdana Menteri Britain 
JUMAAT, 8 MEI 2015 : Parti Konservatif pimpinan Perdana Menteri David Cameron menang pilihan raya Britain, hari ini dan akan mentadbir negara itu untuk tempoh lima tahun lagi. Setakat ini, Konservatif sudah memenangi 331 kerusi selepas keputusan 643 daripada 650 kerusi diumumkan, manakala pesaing terdekat, Parti Buruh memperoleh 232 kerusi. - REUTERS

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/53707



Pemberontak Yaman terima cadangan gencatan senjata Arab Saudi


AHAD, 10 MEI 2015 : MENTERI Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir. - Foto AP SENAA: Tentera Yaman yang membantu kumpulan pemberontak Huthi hari ini menyatakan menerima cadangan Arab Saudi untuk gencatan senjata minggu depan. Arab Saudi sebelum ini mengumumkan gencatan senjata atas dasar kemanusiaan di Yaman mulai Selasa depan. Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir, selepas mesyuarat menteri negara Teluk di Paris memutuskan gencatan senjata itu akan berkuatkuasa mulai jam 11 malam Selasa ini selama lima hari dan mungkin dilanjutkan bergantung kepada keadaan. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut mengingatkan tentera bersekutu bahawa sekatan laluan untuk penghantaran makanan dan bahan api menjejaskan usaha penyaluran bantuan, sekali gus mengancam nyawa ribuan kanak-kanak Yaman. "Gencatan senjata ini akan ditamatkan jika Huthi dan sekutunya tidak berpegang kepada persetujuan yang dicapai...inilah masanya Huthi membuktikan mereka mengambil berat hal ehwal masyarakat dan warga Yaman keseluruhannya," kata Jubeir dalam sidang medianya sebelum ini. -AFP.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/54043



Fenomena El Nino capai kemuncak tahun ini


SELASA, 12 MEI 2015 : Biro Ramalan Cuaca Australia hari ini memberi amaran fenomena El Nino, yang boleh mencetuskan suhu melampau membawa maut, akan mencapai kemuncaknya tahun ini selepas bermula di Pasifik. El Nino dikaitkan dengan kemarau di Australia dan berlaku apabila pertukaran angin yang berlegar di perairan Pasifik mula lemah dan suhu permukaan laut meningkat. I adalah kemunculan pertama sistem cuaca itu dalam masa lima tahun. El Nino dijangka bermula pada 2014 dan pegawai berkata ia 'hampir terlepas' tetapi kini melanda Pasifik buat kali pertama sejak Mac 2010. Di Australia, El Nino dikaitkan dengan hujan di bawah paras purata dan suhu lebih panas di kebanyakan kawasan di negara itu dan risiko tinggi kebakaran hutan, terutama di bahagian negara itu yang sudah mengalami kemarau. Ia juga dijangka menyebabkan keadaan lebih kering di Papua New Guinea, Indonesia dan sebahagian Asia Tenggara, dan hujan lebat di timur Pasifik dan negara Amerika Selatan, meningkatkan kemungkinan banjir dan tanah runtuh. Fenomena itu mencetuskan kekecohan kepada petani dan pasaran pertanian antarabangsa. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/54453



Australia akan tambah AUS$79.6j cari MH370

SELASA, 12 MEI 2015 CANBERRA: Australia akan menyumbang dana tambahan AUS$79.6 juta (RM222 juta) dalam tempoh dua tahun akan datang untuk mencari pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) jika masih belum ditemui dalam fasa pencarian sekarang. Pencarian pesawat itu yang sudah melangkaui kawasan seluas 60,000 kilometer persegi kini ditumpukan kepada suatu kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi dan dijadualkan berakhir hujung bulan ini. Tiada sebarang cebisan ditemui daripada pesawat itu yang membawa 239 orang apabila ia hilang pada 8 Mac tahun lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/54442



Thailand timbang buka pusat bagi Rohingya

SELASA, 12 MEI 2015 : BANGKOK: Thailand akan berbincang dengan jirannya dan pertubuhan antarabangsa berhubung kemungkinan menubuhkan pusat bagi masyarakat Rohingya yang diselamatkan daripada kegiatan pemerdagangan manusia. Perkara itu perlu dibincang dengan negara jiran terbabit dan pertubuhan antarabangsa, kata Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha. "Ia adalah mengenai keselamatan, tetapi pada waktu yang sama, kami juga perlu melihat kepada isu kemanusiaan. Oleh itu, kami perlu berbincang dengan negara jiran dan pertubuhan antarabangsa mengenai cara untuk menyelesaikan masalah ini," katanya menjawab soalan pemberita sama ada Thailand akan menubuhkan sebuah pusat bagi anggota masyarakat Rohingya yang diselamatkan di selatan Thailand. Prayuth berkata beliau menganggap pemerdagangan manusia membabitkan masyarakat Rohingya sebagai jenayah merentas sempadan dan oleh itu, pertubuhan antarabangsa perlu terbabit sama. Para pegawai Kementerian Luar Thailand sedang berbincang untuk menyelesaikan isu itu di peringkat ASEAN, walaupun Thailand sendiri perlu menangani masalah mengenainya di peringkat dalam negeri, katanya. Katanya, agensi antarabangsa sudah menghubungi Thailand mengenai usaha menyelesaikan masalah pemerdagangan manusia dengan secepat mungkin berdasarkan undang-undang antarabangsa. Kol Sansern Kaewkamnerd, timbalan jurucakap kerajaan, berkata Kementerian Luar ditugaskan mengkaji sama ada masalah Rohingya boleh dibincang secara dua hala atau pelbagai hala dalam ASEAN kerana isu itu belum pernah dikemukakan untuk perbincangan. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/54433


Bahar: Para pejuang Palestin terdiri daripada 100,000 orang untuk menghalau rejim Israel



SELASA,, 12 MEI 2015 : Pejuang Palestin terdiri daripada 100,000 orang pejuang bersenjata untuk membebaskan wilayah Palestin yang dijajah, kata Timbalan Jurucakap Jawatankuasa Perundangan Palestin (PLC), Dr. Ahmed Bahar, pada petang Selasa.

Berucap kepada hadirin ketika perayaan yang dianjurkan Bahagian Pelarian Hamas untuk menandakan ulangtahun Nakba, Bahar berkata yang para pejuang Palestin tidak akan berhenti sehingga setiap tentera rejim dihalau dari setiap inci Palestin. Beliau menyeru semua bahagian pejuang Palestin di Tebing Barat dan Gaza agar terus berjuang bagi Baitulmuqaddis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Polis dituduh bunuh penunjuk perasaan



El-Sabbagh ditembak pada jarak dekat pada demonstrasi Januari lalu.
SELASA, 12 MEI 2015 KAHERAH - MESIR. Hakim Mesir mengarahkan penahanan seorang anggota polis berhubung kematian penunjuk perasaan wanita Januari lalu yang mengambil bahagian dalam demonstrasi aman di pusat bandar Kaherah.

Yassin Hatem Salahedeen, 24, dituduh membunuh Shaimaa el-Sabbagh, 32, yang mempunyai seorang anak lelaki.

Difahamkan, anggota polis berpangkat leftenan itu telah dibebaskan dengan ikat jamin, namun Hakim Mustafa Hassan Abdullah mengarahkan penahanan semula di pembukaan pendengaran perbicaraan kes tersebut.

Sebelum ini, sebuah video menunjukkan el-Sabbagh berlumuran darah di bahagian kepala, dada dan belakang badan tersebar luas di media sosial selepas seorang anggota polis bertopeng menembak wanita itu dari jarak dekat. - Al Jazeera



Pemerdagangan manusia: Lagi ahli politik ditahan



Polis Thailand membersihkan kem pemerdagangan manusia di sebuah hutan di Songkhla


SELASA 12 MEI 2015 BANGKOK - THAILAND. Polis menahan seorang ahli politik di selatan Thailand yang didakwa terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia.

Akhbar Thai Rath melaporkan, lelaki berkenaan ditahan pada Ahad di wilayah Satun.

Suspek ditahan susulan penemuan lebih 30 mayat dipercayai etnik Rohingya di kawasan sebuah kem rahsia di Wilayah Songkhla, awal bulan ini.

Sementara itu, dua suspek yang dikehendaki dan ada kaitan dengan sindiket berkenaan menyerah diri kepada polis, Sabtu lalu.

Polis Thailand setakat ini menahan 15 individu, termasuk beberapa anggota polis dan pegawai kerajaan yang bersekongkol dengan penyeludup.

48 maut, kerosakan semakin buruk gempa terbaharu di Nepal KATHMANDU

RABU, 13 MEI 2015: Pihak berkuasa Nepal mengeluarkan angka kematian akibat gempa bumi terbaharu yang melanda semalam kini sudah meragut 48 nyawa manakala lebih 1,100 lagi cedera. Dilaporkan 17 kematian turut membabitkan rakyat di negara yang bersempadan dengan Nepal iaitu utara India. Gempa terbaharu berukuran 7.3 magnitud itu melanda jam 12.35 tengah hari waktu tempatan berpusat di 76 kilometer di timur Kathmandu, demikian menurut Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) selepas gempa 7.8 magnitud pada 25 April lalu yang mengorbankan lebih 8,000 orang. Gegaran gempa bumi semalam turut dirasai jarak sejauh New Delhi menyebabkan bangunan runtuh di Tibet, di sempadan China dan mengorbankan sekurang-kurangnya seorang penduduk.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/54545




Presiden PAS dicabar, kali pertama selepas 12 tahun KUALA LUMPUR

KHAMIS, 14 MEI 2015 @ 11:34 AM: Bekas Naib Presiden PAS, Ahmad Awang, sebentar tadi menyerahkan borang penerimaan pencalonan bagi mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk jawatan Presiden. Keputusan Ahmad itu menyaksikan Abdul Hadi dicabar buat pertama kali selepas 12 tahun memegang jawatan nombor satu parti itu. Ahmad berkata, beliau menerima pencalonan itu kerana mahu memperkasakan parti, sekali gus membuktikan PAS adalah parti demokratik.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/54739



Arab Saudi ingkar gencatan senjata

 Beberapa penduduk melihat kesan bedilan serangan udara yang dilancarkan Saudi untuk menentang pemberontak Houthi. - Foto AFP

KHAMIS 14 MEI 2015 SANAA - YAMAN . Kerajaan Arab Saudi didakwa melanggar perjanjian gencatan senjata beberapa minit selepas ia berkuat kuasa, apabila bertindak melancarkan serangan udara yang meragut 48 nyawa.
Jet pejuang Saudi membedil empat kawasan di wilayah barat daya Lahij, timur Hajjah dan barat laut Sa’ada, kelmarin.
Gencatan senjata selama lima hari itu berkuat kuasa pada jam 11 malam (waktu tempatan), kelmarin, dan telah dicadangkan Menteri Luar Arab, Adel al-Jubeir pada minggu lalu.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud"

"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang rakyatnya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin. ia akan ditanya tentang rakyatnya, seorang lelaki pemimpin pada ahlinya dan ia akan ditanya tentang rakyatnya, seorang perempuan itu pemimpin di dalam urusan rumah tangga suaminya dan ia ditanya tentang rakyatnya, dan khadam itu menjadi pemimpin urusan harta tuannya dan ia akan ditanya tentang rakyatnya dan seorang anak menjadi pemimpin menggunakan harta ayahnya dan ia ditanya tentang rakyatnya, maka semua kamu adalah pemimpin dan ditanya tentang rakyatnya."


Read more

FRIDAY WRAP 2 - 8 MEI 2015

0 comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca. Alhamdulillah Friday Wrap kembali membawakan anda berita dari dalam dan luar negara terutamanya isu politik sepanjang minggu ini. Semoga terus cakna In Shaa Allah.


JAISH AL-ISLAM PERANGI IS DAN REJIM BASHAR

Sabtu, 2 Mei 2015



DAMSYIK – Satu kumpulan baharu untuk menentang militan Islamic State (IS) dan rejim Syria menyiarkan satu rakaman video mempamerkan 1,700 anggota dalam satu perarakan ketenteraan baru-baru ini. MailOnline melaporkan, perarakan besar-besaran itu turut memperlihatkan barisan kereta kebal dan pasukan khas tentera sempena meraikan ‘majlis graduasi’ ahli kumpulan berkenaan. 

Kesemua mereka membentuk satu kumpulan kecil dinamakan Jaysh Al-Islam atau bermaksud Tentera Islam yang dilaporkan mempunyai sebanyak 25,000 ahli berikutan penggabungan lebih 60 puak pemberontak di Syria. Berpuluh-puluh anggota unit khas bertopeng turut mempamerkan kemahiran pertempuran jarak dekat dalam perarakan ketenteraan terbesar yang pernah disaksikan sejak berlakunya revolusi Syria pada 2011. 

Kumpulan yang bertindak menentang pemerintahan Presiden Syria, Bashar Al-Assad ini didakwa menerima dana daripada kerajaan Arab Saudi. Menurut The Guardian, kerajaan Arab Saudi telah menyumbang wang berjuta-juta dolar bagi mengalahkan rejim Syria dan militan IS. 

Jaysh Al-Islam diketuai oleh Sheikh Zahran Aloush yang mentadbir beribu-ribu tentera dan kereta kebal ketika berkumpul di satu kawasan lapang. “Kami akan meninggalkan medan ini selepas menyelesaikan misi dan bersedia untuk jihad,” ujar Zahran. – Agensi 


http://www.dailymail.co.uk/news/article-3062247/The-Army-Islam-Militant-group-battling-ISIS-Syrian-regime-graduation-ceremony-featuring-1-700-soldiers-fleet-armoured-tanks.html

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0502&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3Yw65G8Nt

NAJIB UCAP TAHNIAH KEPADA PUTERA WILLIAM

Ahad, 3 Mei 2015


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Putera William dan isteri Kate Middleton dari Britain sempena kelahiran anak kedua mereka pada Sabtu.

"Tahniah kepada Duke dan Duchess of Cambridge sempena kelahiran bayi perempuan mereka," kata beliau dalam akaun Twitter hari ini.

Bayi seberat 3.7 kg itu yang belum diberi nama dilahirkan pada pukul 8.34 pagi (0734 GMT) pada Sabtu di St Mary's Hospital, London.

Anak pertama pasangan diraja ini bernama Putera George yang kini berusia satu tahun. -Bernama





MESIR UGUT WARTAWAN

Isnin, 4 Mei 2015

Wartawan Al Jazeera, Mohamed Fadel Fahmy (kanan) antara yang dijatuhi hukuman penjara di Mesir.

KAHERAH - MESIR. Amnesty International mendakwa pihak berkuasa Mesir menggunakan mahkamah bagi menyekat tugas wartawan di negara itu.

Dalam laporannya, kumpulan hak asasi manusia itu berkata, terdapat kes di mana wartawan ditahan untuk tempoh yang lama tanpa sebarang dakwaan atau perbicaraan.

Ia termasuklah kes seorang jurugambar dikenali sebagai Shawkan yang telah ditahan selama lebih 600 hari.

Tambah Amnesty lagi, tindakan keras dilancarkan Presiden Abdel Fattah al-Sisi selepas menggulingkan Mohammed Mursi pada pertengahan 2013 telah menyekat kebebasan bersuara di Mesir.

"Di Mesir, orang yang mencabar kenyataan rasmi pihak berkuasa, mengkritik kerajaan atau mendedahkan sebarang bentuk pelanggaran hak asasi manusia berisiko untuk disumbat ke dalam penjara.

"Biasanya, mereka akan ditahan tanpa sebarang pendakwaan atau pertuduhan ke atas mereka sengaja direka-reka," jelas Amnesty.

Bagaimanapun, laporan Amnesty itu dinafikan Kementerian Luar Mesir sambil menjelaskan setiap penahanan ke atas wartawan dibuat selepas mendapat waran.

"Tiada dijadikan sasaran kerana menjadi wartawan. Tuduhan seperti ini adalah karut dan sengaja dipolitikkan," jurucakap kementerian, Badr Abdelatty. - Reuters

http://www.sinarharian.com.my/global/mesir-ugut-wartawan-1.386389


DELEGASI MALAYSIA LAWAT GEORGIA

Selasa, 5 Mei 2015

KUALA LUMPUR - Delegasi Malaysia diketuai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee bertemu Speaker Parlimen Georgia, David Usupashvili, di Georgia pada Isnin bagi meningkatkan hubungan baik dan kerjasama dua hala serta ancaman global.

Usupashvili menyifatkan lawatan itu sebagai 'sejarah' kerana ia merupakan lawatan peringkat tertinggi pertama dari Malaysia.

"Ini adalah peluang terbaik untuk meneruskan lawatan serupa," memetik katanya yang disiarkan di laman web 'Parliament of Georgia'.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Kiandee bagi sokongan Malaysia terhadap 'integriti wilayah dan kedaulatan Georgia'.

Dalam perbincangan itu, kedua-dua pihak bersetuju pencegahan ancaman global mungkin dapat dilaksanakan dengan langkah-langkah yang diselaraskan. Mereka juga membincangkan tentang dasar luar Georgia serta situasi serantau.

Menurut Usupashvili, Kiandee juga menjemput delegasi Georgia untuk menghadiri sesi Perhimpunan Antara Parlimen Asean (AIPA) di Kuala Lumpur pada September.

Delegasi Malaysia turut disertai Ahli Parlimen, Datuk Abdul Manan Ismail, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Datuk Wira Mohd Johari Baharum dan Datuk Juslie Ajirol manakala Georgia diwakili Ahli Parlimen G.Volski, Z. Kvachantiradze dan D. Bakradze.

Georgia, negara di wilayah Caucasus Eurasia. Terletak antara Asia Barat dan Eropah timur, ia disempadani di sebelah barat dengan Laut Hitam, di bahagian utara Rusia, di selatan Turki dan Armenia serta di tenggara Azerbaijan.

Negara ini yang memulakan hubungan diplomatik dengan Malaysia pada 1993, mempunyai penduduk 4.5 juta orang. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/nasional/delegasi-malaysia-lawat-georgia-1.387077



PROJEK REL BERKELAJUAN TINGGI MALAYSIA-SINGAPURA DINILAI SEMULA

Rabu, 6 Mei 2015



SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak mengulangi komitmen kedua-dua negara dalam memastikan kejayaan projek rel berkelajuan tinggi (HSR) menghubungkan republik itu dan Kuala Lumpur.

Dalam kenyataan bersama dikeluarkan selepas Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Singapura-Malaysia di sini, kedua-dua pemimpin bagaimanapun berkata, sasaran awal projek itu dijadual siap pada 2020 perlu dinilai semula berdasarkan skala dan kompleksnya projek itu.

HSR yang pertama seumpamanya di rantau ini dan mendapat banyak perhatian, dalam negara mahupun antarabangsa, dengan banyak negara menawarkan untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka bagi projek itu.

Kedua-dua pemimpin teruja perhatian komuniti antarabangsa untuk meneruskan projek ikonik pencetus perubahan itu, yang menambah baik rangkaian perhubungan, memudahkan perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura dan pada masa sama meningkatkan rangkaian perniagaan serta mengeratkan hubungan rakyat dengan rakyat.

Mengambil perhatian perkembangan projek itu berjalan lancar, kedua-dua pemimpin bersetuju dwikonfigurasi tempat bersama kastam, imigresen dan kuarantin, jalur frekuensi khusus untuk operasi HSR serta mengenal pasti depot dan kemudahan stabil di Malaysia.

Sementara itu, Lee mengumumkan perhentian terakhir HSR Singapura adalah di Jurong Timur. -Bernama

http://www.hmetro.com.my/node/48888?m=1


RATUSAN PENDUDUK ADEN KEHILANGAN TEMPAT TINGGAL

Rabu, 6 Mei 2015




SANAA - Penduduk di Aden semalam berkata, pertempuran terbaru di bandar raya berkenaan menyebabkan ratusan lagi orang kehilangan tempat tinggal ketika pemberontak Houthi meningkatkan serangan untuk menawan lebih banyak kawasan di bandar pelabuhan di selatan Yaman itu.

Selepas terperangkap beberapa minggu di rumah mereka di daerah Tawahi, sebahagian besar penduduk berkata, mereka meninggalkan rumah masing-masing apabila pemberontak berkenaan, bersama-sama sekutu mereka - unit tentera yang setia kepada bekas Presiden Ali Abdullah Saleh - mengebom kawasan berkenaan.

Seorang penduduk, Mona Mohsen berkata, panik dan bunyi tembakan menyebabkan orang ramai meluru keluar dari rumah masing-masing, semalam.

Dalam pada itu, pakatan Arab yang diketuai Arab Saudi terus mengebom kedudukan Houthi.

Kempen serangan udara itu yang bermula 26 Mac lalu dan pertempuran yang berlaku di darat sudah meragut ratusan nyawa dan menyebabkan 300,000 orang kehilangan tempat tinggal.

Arab Saudi kelmarin berkata, ia menimbang mengadakan gencatan senjata untuk membolehkan bantuan kemanusiaan dihantar ke Yaman.

Sementara itu, Raja Saudi mengumumkan semalam mengenai penubuhan sebuah pusat untuk menyelaras bantuan kemanusiaan dan mempelawa Pertubuhan Bangsa-Bangsa menyertainya. - Reuters

http://www.hmetro.com.my/node/48814


RAJA PERLU ADIL, BEBAS DARI NODA -SULTAN NAZRIN 

Rabu, 6 Mei 2015

Sultan Nazrin Shah berkenan bertitah pada istiadat pertabalan Sultan Perak ke-35 di Istana Iskandariah - FOTO BERNAMA
KUALA KANGSAR: Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah Raja perlu memerintah secara adil dan saksama berdasarkan kehendak Islam. 

Dalam titah sulung sejurus ditabalkan di Istana Iskandariah di sini, baginda juga mengingatkan bahawa keluhuran institusi Raja perlu dipelihara daripada sebarang penodaan. 

"Kuasa Raja tidak dipertikaikan selagi Raja tidak memperlihatkan sifat menyeleweng dan selagi Raja mematuhi hukum yang telah termaktub. 

"Prinsip kesetiaan rakyat kepada Raja yang berpaksi keadilan tidak mengizinkan Raja mengamalkan sifat 'bersultan di mata, beraja di hati'," titah baginda.



BASHAR EGO UNTUK MENGAKU KALAH

Jumaat, 8 Mei 2015

Bashar berucap di hadapan sebuah sekolah di Damsyik bersempena sambutan Hari Syahid Syria - FOTO REUTERS

DAMSYIK – Presiden Syria, Bashar al-Assad menyatakan semalam bahawa beberapa pengunduran yang dibuat merupakan perkara normal dalam mana-mana peperangan dan tidak bermakna mereka tewas dalam perang saudara di negara berkenaan.

Kenyataan itu merupakan komen pertamanya selepas tenteranya mengalami beberapa kekalahan dalam pertempuran dengan kumpulan Negara Islam dan pemberontak lain.

“Kita berjuang untuk memenangi peperangan, bukan bertempur. Peperangan adalah siri kepada banyak pertempuran.

“Kita bukan bercakap me­ngenai berpuluh-puluh atau beratus-ratus, namun beribu-ribu pertempuran dan sudah menjadi adat dalam pe­perangan, adakala kita menang dan kadang-kadang tewas,” katanya semasa berucap di Damsyik.

Sejak beberapa minggu lalu, tentera pemberontak termasuk sekutu Al-Qaeda Syria, Barisan al-Nusra Front telah menawan bandar Jisr al-Shughur dan kem tentera di Idlib.

Kekalahan di wilayah itu bersama mendatangkan kebimba­ngan bahawa kekuatan tentera rejim Bashar kini semakin goyah. – AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0507&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm


MILITIA HOUTHI BEDIL ARAB SAUDI

Jumaat, 8 Mei 2015


Kereta kebal dibawa masuk ke dalam bandar Najran, Arab Saudi yang bersempadan dengan Yemen.
RIYADH – Tiga terbunuh dalam satu serangan roket dan bom mortar oleh pemberontak Syiah Houthi ke atas bandar Najran, selatan Arab Saudi, kata kementerian dalam negeri di Riyadh.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan sama ada mangsa maut dalam serangan yang berasal dari wilayah Yemen itu merupakan orang awam atau anggota tentera.

Serangan udara yang dilancarkan terhadap militia Houthi oleh pakatan diketuai Arab Saudi sejak 26 Mac lalu telah mencetuskan beberapa pertempuran di sempadan negara itu dengan Yemen.

Seramai 12 askar dan pengawal sempadan Arab Saudi terbunuh dalam pertempuran itu tetapi tiada kematian melibatkan orang awam dilaporkan setakat ini.

“Tiga maut selepas bandar Najran diserang bom mortar dan roket Katyusha dari wilayah Yemen,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan di laman Twitter kelmarin.

Brigedier Jeneral Ahmed al-Assiri memberitahu televisyen tempatan bahawa bedilan pemberontak Houthi mengenai hospital, sekolah dan rumah penduduk di bandar berkenaan dan kawasan sekitarnya.

Saluran televisyen Arab Saudi, Al-Ekhbariya menyiarkan rakaman kesan kemusnahan seperti tingkap kereta pecah, laluan pejalan kaki rosak, bangunan berlubang dan sebuah bilik yang hangus terbakar.

Serangan itu merupakan yang pertama dilakukan oleh pemberontak Syiah Houthi ke atas wilayah di Arab Saudi.

Ia dilancarkan ketika pemimpin enam negara Majlis Kerjasama Teluk berhimpun di Riyadh untuk menghadiri satu persidangan khas yang turut disertai oleh Presiden Perancis, Francois Hollande.

Para pemimpin berkenaan dalam satu kenyataan bersama menyatakan, mereka mengalu-alukan keputusan oleh Presiden Yemen, Abedrabbo Mansour Hadi untuk menghadiri satu mesyuarat kuasa khas di Riyadh pada bulan ini dengan tujuan untuk menyelesaikan krisis politik yang melanda negaranya.

Bagaimanapun, pemberontak Syiah Houthi menolak mengadakan rundingan berkenaan di ibu negara Arab Saudi itu.

Iran yang menafikan tuduhan membekalkan senjata kepada pemberontak Houthi menggesa rundingan itu diadakan di lokasi neutral.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberitahu, sekurang-kurangnya 1,200 orang terbunuh di Yemen sejak 19 Mac akibat pertempuran antara pemberontak Houthi dan tentera yang setia kepada Abedrabbo. – AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0507&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Sekian sahaja untuk minggu ini. Wallahu A'lam.


Kata Imam al-Ghazali: “Agama dan kekuasaan (politik) adalah dua saudara kembar. Agama adalah asas dan kekuasaan adalah penjaganya. Segala sesuatu yang tidak berasas nescaya akan runtuh dan segala sesuatu yang tidak berpenjaga niscaya akan hilang dan lenyap”.


48. Dan Kami telah menurunkan kitab (Al Qur'an) kepadamu (Muhammad) dengan membawa kebenaran, yang membenarkan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya dan menjaganya , maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang diturunkan Allah dan janganlah kamu mengikuti keinginan mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk setiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Kalau Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap karunia yang telah diberikan-Nya kepadamu, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah kamu semua kembali, lalu diberitahukan-Nya kepadamu terhadap apa yang dahulu kamu perselisihkan,

49. Hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti keinginan mereka. Dan waspadalah terhadap mereka, jangan sampai mereka memperdayakan kamu terhadap sebagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah berkehendak menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebagian dosa-dosa mereka. Sungguh, kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik.

50. Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki? (Hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang meyakini (agama-Nya)? (Al-Maidah 48-50)


Read more

Kedekut sebab GST

0 comments



Kita pura-pura kita prihatin, tapi bila tiba saat untuk kita tunjuk prihatin, entah ke mana melayangnya prihatin itu. Aneh! “Dah kenapa biskut oreo kegemaran aku ni dah naik harga." “Dah kenapa membebel macam perempuan dah kau ni Hazlimi?” “Tak ada la. Aku rasa pak cik kedai tu tipu aku la. 2 hari lepas aku beli oreo ni, baru RM2.80. Tiba-tiba, hari ini dah jadi RM3.50.”

Zharif tergelak besar seusai aku menghabiskan bicara. Mangkuk hayun betul punya kawan. Apakah aku punya bebelan dah kedengaran macam lawak antarabangsa? “Hahahaha. Kau ni tak tua dah nyanyuk. Pokkk. Satu ketukan percuma di kepala. “Hoiiii. Tak ada tatasusila betullah kau ni. Bengkak kepala aku. Habis rambut pacak aku.” Segera Zharif menggosok kepalanya yang kesakitan.
 
“Memang patut pon. Kau gelakkan aku membebel, kemudian kau kata aku nyanyuk pula.”
“Salah ke apa aku cakap? Memang kau nyanyuk pon. Hari ni kan 1 April. Sebab tu la kau punya harga oreo melambung-lambung.” “Kira pak cik tu main April Fool dengan aku la ni. Sampai hati pak cik tu. Nanti aku tazkirahkan dia tentang haramnya April Fool.”

“Aku rasa kau ni dah parahlah Hazlimi. Itulah. Banyak lagi makan oreo. Kalau banyak makan kismis, tak ada la nyanyuk macam ni.” “Ada orang nak kena ketuk kepala sekali lagi ke macam mana?”
“Tengok tu. Dah la nyanyuk, panas baran pula tu. Parah!” Riak wajah Zharif dan gelengan kepalanya yang penuh semangat itu saat menyebut perkataan parah itu benar-benar mengusik jiwa jantanku. Tergelak besar aku di situ.
 
“1 April bersamaan GST. Takkan dah lupa sifir kata ni. Penuh di facebook, twitter pasal GST ni.”
“Ye la. GST! Serius aku lupa. Bersalah pula aku tuduh pak cik kedai tu sambut April Fool.”
“Hahahaha. Dah la punya semangat nak bagi tazkirah kat pak cik tu. Ya akhi, anta awesome!!!!” Zharif menunjukkan tanda bagus kepada Hazlimi dengan penuh semangat.
  
“Akhi Zharif, janganlah begitu. Malu saya.” Kedua-dua sahabat itu gelak besar.
Zharif dan Hazlimi mula bersahabat sejak zaman sekolah lagi. Lantaran mereka terlalu akrab, mereka memilih untuk mengambil bidang yang sama dan belajar di universiti yang sama. Sebagaimana mereka akrab di waktu jahiliyah, membuli junior bersama, mereka juga akrab bersama ke usrah bersama-sama di waktu terangnya mereka sekarang. Waktu terang atau bak kata mereka, waktu reinassance kita berdua. Ayat boleh buat orang muntah hijau. “Ehhh. Kejap. Kira semua barang naik harga ke sempena GST ni? Terpaksalah aku kurangkan makan oreo lepas ni.”

“Tak habis-habis dengan oreo. Tak semua baranglah. Barang asas macam beras, ikan, ayam tu tak naik harga. Contoh barang yang naik harga, harga tiket bas, tiket flight domestik, biskut oreo kau, sardin. Kata orang, ada juga barang yang akan turun harga jika pelaksanaan GST ini dilaksanakan.”
“Sardin? Sardin naik harga? Favourite aku tu.” Zharif hanya menjawab persoalan Hazlimi dengan anggukan semata-mata.
 
“Tapi sardin bukan makanan keperluan ke? Aku rasa orang susah dan miskin akan makin bertambah susah kalau macam ini.” “Entahlah. Aku tak berani nak komen apa-apa. Aku tak baca betul-betul lagi tentang GST ini. Tak naklah aku jadi macam tin kosong yang berbunyi bising. Kosong ilmu, cakap kencang.” Mereka rancak berborak mengenai GST sepanjang berjalan menuju ke restoran KFC. Hari-hari makan nasi membuatkan mereka memilih untuk makan KFC pada hari ini.

 

“Wei, kau belikan 1 snack plate untuk aku. Air mirinda strawberry macam biasa. Aku lupa nak keluarkan duit. Aku pergi keluarkan duit dulu ye.” Segera Zharif berlari kearah bank berdekatan. Gaya macam bank itu nak tutup 1 saat sahaja lagi. Padahal sekarang baru pukul 1 petang.
Panjang betul barisan. Nampak gayanya bukan aku seorang sahaja di dunia ini yang kempunan nak makan KFC. Keluh hati kecil Hazlimi.

Matanya gigih dikecil besarkan untuk membaca senarai menu dan harga di hadapan. Itulah, dah tahu rabun tapi berdegil juga tak nak pakai kaca mata. Tak macho katanya kalau lelaki pakai kaca mata. Nampak skema. Tak kena dengan gaya rambut pacak. Mata Hazlimi tertancap pada satu susuk badan. Seorang pak cik yang pada pandangan matanya sudah agak tua. Mengikut perhitungannya, dia agak pelik.

 Lantaran ibu dan ayahnya tidak menggemari KFC jadi dia beranggapan bahawa KFC ini makanan orang muda. Tetapi kehadiran pak cik itu membuktikan teorinya salah seratus peratus.
Matanya gigih memperhatikan segala tindak tanduk pak cik itu. Entah apa yang menarik perhatiannya, dia sendiri kurang pasti.

Panggggggg… Satu dulang melayang beserta dengan makanan yang ada di atasnya. Pak cik tua itu tadi jatuh terjelopok di tangga itu. Kaki seakan beku. Seperti digam dengan gam UHU pon ada. Badan tak bergerak. Seakan disumpah menjadi batu. Hanya mata yang terkebil-kebil melihat.
“Pak cik tak apa-apa?” Tanya pekerja KFC. Sunyi. Tiada satu pun jawapan yang keluar daripada mulut pak cik itu. Hanya satu pandangan sayu yang dihalakan pada makanan yang tertumpah tadi.
 
Satu gelas air, 2 ketul ayam, 1 roti dan 1 coleslaw yang terkorban. Simpati dalam hati menggunung. Namun, diri seakan masih belum bebas daripada sumpahan menjadi batu. Tetap teguh berdiri, melihat dengan penuh simpati. “Tak apa pak cik. Nanti saya gantikan. Pak cik tunggu sekejap ye.”
Pekerja KFC itu segera menuju ke arah kaunter untuk mengambil makanan yang baru.
“Kenapa kau pandai-pandai ganti makanan pak cik tu? Rugilah kita macam ni.” Marah rakan sekerjanya. “Tak mengapa. Nanti aku bayar.”

Aku mencebik pada rakannya. Hatiku panas dengan kelakuan rakan sekerjanya itu. Cebik orang pandai, salah orang semua nampak, jelek sendiri tutup mata, kononnya diri sendiri malaikat tanpa dosa. Pekerja yang baik hati itu mengiringi pak cik itu naik sampai ke atas. “Weh, kenapa tu?” tepuk Zharif.

“Kau, kalau bagi salam dulu boleh tak? Kalau aku ada sakit jantung, dah selamat dah ‘jalan’.”
“Assalamualaikum. Kau ni dah kenapa nak marah-marah? Chill la bro!”
“Waalaikummussalam. Aku bengang dengan akak pekerja KFC tu. Boleh dia marah kawan dia yang tolong gantikan makanan pak cik tu yang tertumpah.”

“Ya Allah kesiannya pak cik tu. Macam mana boleh jatuh?”
“Pak cik tu tergelincir waktu naik tangga tadi.” Kerlingku pada tangga yang terletak tidak sampai 5 meter dari tempat aku berdiri saat ini. “Kau tak tolong?” satu persoalan biasa namun ibarat halalintar yang membelah jantungku. Aku menelan air liur. Tekakku terasa berpasir. Hanya satu gelengan yang mampu aku berikan sebagai satu jawapan.
 
“Apasal kau tak tolong dia?” Aku hanya menjungkit bahu sebagai jawapan tidak tahu.
Zharif terus merenungku dengan gaya tidak puas hati. Seakan memohon penjelasan lanjut kepada segala jawapanku yang tidak muhasabah pada pandangannya. “Entah la. Aku pon tak tahu kenapa aku macam tergamam, tak mampu nak buat apa-apa. 

Jujur aku kata, aku memang kesian sangat tengok pak cik tu. Dah la dah sangat tua. Waktu dia tenung makanan yang tumpah tu, aku betul-betul rasa terhiris. Tapi aku tak tahu kenapa aku tak buat apa-apa.” “Simpati sahaja tak cukup bro!” “Mungkin aku ragu-ragu nak tolong pak cik tu sebab aku tak berduit sangat sekarang. Duit aku sekarang cukup-cukup nak makan KFC. Dah la sekarang ada GST pula.”
 
“Gaya macam tak pernah makan KFC.” Keluh Zharif.
“Tapi aku teringin betul nak makan.” Jawabku untuk membela diri sendiri.
“Kau fikir kau punya teringin je. Entah-entah, itu adalah kali pertama pak cik tu nak makan KFC dalam seumur hidup dia. Sebab itu dia pandang sayu pada makanan yang tumpah. Terkilan sebab baru ada duit, ada kesempatan nak makan KFC tetapi tumpah pula.”

Sentap. Aku tertunduk malu merenung ke lantai.
“Boleh pula kau guna alasan GST untuk backup diri sendiri. Jadinya kau nak kata GST tu penyebab kau makin kedekut?”