Charity Day Moscow 2014

0 comments


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Pada 26 Oktober lalu, pihak Azam Russia buat julungkalinya telah menganjurkan sebuah program amal yang diberikan nama " Charity Day Moscow 2014" di sekitar Moscow dengan kerjasama Kumosc, PPIM, MMASO,SMSA dan RMSA.

Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk mewujudkan semangat berkorban dan sikap murah hati dalam kalangan peserta terhadap manusia lain yang tidak bernasib baik.
Seramai 54 orang peserta tidak termasuk ahli yang bertugas telah bersama-sama menjayakan program ini walaupun cuaca sejuk pada hari program berlangsung.Semua peserta diarahkan untuk berkumpul di Red Square sebelum program bermula.

Program yang bermula pada jam 10 pagi itu, berjalan dengan lancar dan baik sekali atas kerjasama semua yang terlibat. Peserta dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan untuk setiap stesen metro yang berbeza.Taklimat juga diberikan.

 



 

Setiap kumpulan diberikan 3 beg yang berisi makanan, minuman, stokin , serta sarung tangan untuk diagihkan kepada 3 orang homeless di setiap lokasi masing-masing. Tidak kurang juga, ada peserta yang turut membawa barangan sendiri untuk diberikan kepada yang memerlukan.



“Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.”

AL-Baqarah : 274




Setelah semua kumpulan berjaya menyelesaikan tugas masing-masing, wakil dari setiap kumpulan diminta untuk bersama-sama berkongsi pengalaman serta cerita yang mereka dapat sepanjang program berjalan. Rata-rata menyatakan rasa syukur kerana berpeluang untuk turut sama program amal yang dianjurkan oleh pihak Azam Russia ini dengan harapan program-program seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang . 

 

Setelah selesai, semua peserta diagihkan makanan untuk dibawa pulang serta sesi bergambar beramai-ramai.

 

Pihak Azam Russia ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sukarela untuk terlibat sama dalam program ini. Tanpa kalian semua,program ini tak mungkin dapat direalisasikan.

InshaAllah, bila kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusan kita juga. Dalam setiap rezeki dan harta kita, ada hak orang lain didalamnya .Tahniah kerana kalian berjaya menyempurnakan hak tersebut . Teruskan menyempurkan hak mereka .Jom sedekah .





“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu."

Al-Baqarah :267



 No one has ever become poor by giving.



Post a Comment